IJ Home arrow Apa tu?
Apa tu?
Law of the Jungle
Written by Hj Idris Jikon   
Sunday, 10 May 2009

 

 Dalam Dewan Yang Mulia

Di luar Dewan ada yang tetap bersemangat

Last Updated ( Sunday, 10 May 2009 )
 
Petua IJ
Written by Hj Idris Jikon   
Saturday, 07 February 2009

HILANGKAN URAT DI KAKI

Bagi ibu-ibu yang mengandung mereka seing mengalami masalah urat timbul di kaki dan ianya berlarutan hingga bersalin. Petua untuk mengatasi masalah ini, ketika hendak tidor anda mesti meletakkan kaki anda lebih tinggi dari kepala atau ambil sebesen air suam dan rendamkan kaki anda lebih kurang 15 minit hingga 20 minit setiap hari dan lakukannya sehingga anda memperolehi hasil yang positif dan memuaskan. Boleh juga mengurutnya perlahan-lahan dengan apa-apa minyak urut.

 

HILANGKAN BAU DAN PENING MAKAN BUAH DURIAN

 

Biasanya selepas menikmati buah durian, mulut atau sendawa kita berbau. Ada juga setengahnya akan merasa mual, pening atau mabuk. Untuk mengatasinya, ambil pangsa durian tadi dan curahkani sedikit air di dalamnya dan ratakan air itu dan minum. InsyaAllah masalah itu diatasi.

Last Updated ( Sunday, 10 May 2009 )
 
Nafsu
Written by Administrator   
Sunday, 12 October 2008

Nafsu adalah sesuatu yang baik kerana ianya mendorong melakukan untuk mencapai sesuatu, dan bagi seseorang yang matang atau mantap  nafsunya akan sentiasa diimbangi oleh akalnya. Tetapi bagi mereka gagal menggunakan fungsi akal akan melakukan sesuatu hanya mengikut nafsunya belaka. Berikut ini contoh dimana seorang pemimpin disebuah negara. Sebagai pemimpin negara pada lazimnya memimpin rakyatnya kearah kemajuan, menyusun masyarakatnya ke arah lebih bersatu padu, masyarakat yang mampu berdikari dan paling kurang pemimpin seharusnya atau sewajarnya melindungi rakyatnya.Tapi lihat apa yang dilakukan oleh pemimpin dalam gambar di bawah ini, setelah tidak lagi berkuasa dia telah bersembunyi serta mengubah nama dan idenditinya kerana takut atau ingin lari dari menghadapi hukuman ke atas kejahatan  dengan menggunakan kuasa semasa memimpin. Ada-ada saja lah......

 

 

 

 

 

 

Radovan Karadzic (born 1945), the leader of the Bosnian Serbs, pursued a course of "ethnic cleansing" as he struggled to gain independence from the Muslim-controlled Bosnian government in the former Yugoslavia. He has been indicted by the World Court in The Hague for his actions.

Radovan Karadzic, leader of the Bosnian Serb faction in the war-torn former Yugoslavia, has been called a man guilty of war crimes, the "Butcher of Bosnia," and a world-class terrorist. His political opponents have called him a "black-shirt Fascist," and compared him to former Soviet leader Joseph Stalin. His program of "ethnic cleansing," which has resulted in the death of more than 200,000 Muslim opponents and the displacement of an estimated one million more - in addition to the systematic rapes of thousands of Muslim women by Serb troops - has sickened world observers. The New York Times has claimed that he is "surely one of Europe's most endangered men," who should include a bullet-proof vest in his wardrobe if he does not already own one. And New Perspectives Quarterly introduced an interview with Karadzic by opining that his political philosophy seems to be, "Do genocide unto them before they can do it unto you." All in all, Karadzic is not a well-loved man.

Although roundly criticized inside and outside of his country, Karadzic has the one quality possessed by almost every successful politician: he has endured. He has more guns and a bigger army than anyone else in the midst of an extremely chaotic situation, and because of that essential fact, governments have been forced to swallow hard and deal with him. In fact, as 1995 began, Karadzic was ignoring United Nations and United States diplomats and calling most of his own shots in determining the course of the Bosnian civil war.

 

 

 

Last Updated ( Wednesday, 15 October 2008 )
 
Makanan Berkhasiat
Written by Hj Idris Jikon   
Friday, 26 September 2008

MAKANAN UNTUK KECERDASAN MINDA

 

MADU adalah makanan yang menjadi amalan zaman Rasulullah s.a.w.. Madu merupakan makanan yang berkhasiat sehingga al-Quran telah mengiktiraf madu sebagai shifa, iaitu penyembuh penyakit. Malah madu turut digelar Raja Ubat kerana kemujarabannya menyembuhkan pelbagai penyakit.  Madu membantu meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental seseorang.  Madu juga berkesan merawat penyakit mental kerana mampu menghindari kepenatan pada otak yang melakukan banyak kerja.

 

SUSU SEGAR terkenal dengan kalsium yang dibekalkan kepada tulang selain berguna untuk kesihatan otak, menguatkan ingatan, dan memberikan tenaga fizikal dan mental. Susu mengandungi tiga elemen semula jadi yang penting iaitu air, keju dan lemak yang sungguh lengkap untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu juga adalah penawar untuk menghindari dan menyelesaikan masalah lupa yang berkesan dan membaiki penglihatan.  Susu yang terbaik adalah susu kambing, biri-biri dan lembu segar untuk ketajaman fikiran. Susu paling berkhasiat pula ialah susu tepung. 

 

KISMIS sesuai deberikan kepada kanak-kanak. Kismis memberikan zat besi untuk pertambahan darah sebagai memastikan bekalan oksigen dapat disalurkan ke otak dengan mencukupi. Memakan kismis dapat membantu masalah mengantuk, pelupa, lembap dan lemah dalam berfikir.

 

KHASIAT BUAH MENTIMUN

Wajah yang tumbuh bintik-bintik hitam disebabkan bekas jerawat. Ambil buntut mentimun lalu parut sepanjang 3-4 inci. Ambil kunyit sebanyak 4 buku kira-kira sebesar ibu jari lalu ditumbuk dan ambil airnya. Kemudian air kunyit itu dicampurkan dalam mentimum yang sudah diparut tadi. Kemudian sapukanlah ke muka tiap-tiap hari. Dengan izin Allah bintik-bintik hitam bekas jerawat itu akan hilang. 

 

KHASIAT DARI AKAR KELAPA

Sakit kulit iaitu gatal celah jari kaki, celah kangkang dan sebagainya. penyakit ini boleh diubati dengan akar kelapa terutamanya akar kelapa gading. Potong akar itu kira-kira 2 atau 3 inci lalu direbus. Air rebus itu diminum segelas setiap pagi selama 1 minggu.

 

KHASIAT BUNGA RAYA ATASI MASAALAH RAMBUT GUGUR

Cari daun bunga raya yang hijau beberapa helai dan dibersihkan lalu dimasukkan ke dalam baldi berisi air dan ramaslah daun itu sehingga keluar air hijau. Kemudian basuh rambut anda menggunakan air bunga raya tersebut. Biarkan selama beberapa minit (5 minit) baru boleh dibilas.

 

KHASIAT PUCUK JAMBU

Bagi wanita-wanita yang hamil dan muntah-muntah cuba petua ini. Ambil beberapa tangkai pucuk jambu batu. Bersihkan daun tersebut dan ditumbuk dengan sedikit garam. Bila sudah hancur atau lumat dicampurkan dengan segelas air suam, biarkan air itu hening. Lakukan amalan meminumnya selama 3 hari berturut-turut dan insya-allah anda tidak akan muntah-muntah lagi.

 

KHASIAT DAUN PISANG MENGHALUSKAN TELAPAK TANGAN

Bila anda memakan pisang, kulitnya jangan dibuang begitu juga kulit ubi kentang. Sebabnya, ia boleh digunakan untuk menggosokkan telapak tangan dan dicuci dengan air limau nipis. Hasilnya anda akan merasakan telapak tangan anda menjadi lembut dan halus.

 

SIHAT BERKHASIAT LAGI

Jus Anggur

Jus anggur terutamanya yang berwarna merah dan coklat kehitaman mengandungi ratusan senyawa flavonoid yang berguna sebagai anti oksida atau pemggempur radikal bebas.  Jus anggur dapat menurunkan kolesterol jahat (LDL) dari dalam tubuh.  Selain itu, kandungan mineralnya dapat mempertahankan tahap normal estrogen dalam darah wanita yang mengalami menopaus sehingga dapat melambatkan terjadinya osteoporosis.  Kadar gula yang tinggi pada anggur pula dapat menghasilkan tenaga dengan cepat.  Disebabkan itu, ia sesuai bagi sesiapa yang ingin mengembalikan tenaga tubuh dengan segera tetapi tidak digalakkan bagi penderita diabetes.

 

Jem Perisa Anggur

Cara lain untuk mendapatkan zat-zat buah anggur adalah dengan menyapu jem yang diperbuat dari buah anggur pada roti.  Ia bukan hanya lazat tetapi boleh dijadikan hidangan sarapan pagi atau petang yang berkhasiat.

 

Kismis

Tidak semua orang sedar tentang manafaat kismis.  Hanya dengan amalan memakan kismis setiap hari.  Ia mampu menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas, memulihkan kesihatan jiwa, menghilangkan lender, menyihatkan badan, menguatkan saraf, menghilangkan keletihan, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut.

 


Lobak Merah Untuk Kesihatan Mata

Menurut herbalis Nichiolas Culpepper dalam bukubya ‘The Complete Herbal’, lobak merah kaya dengan pelbagai khasiat.  Antaranya, ia berupaya memecahkan angin, menyembuhkan luka, meningkatkan kekerapan kencing dan memecahkan batu karang. 

 

Tumbuhan ini juga dikatakan mempunyai minyak dan vitamin lengkap seperti A, B dan C, garam, potassium dan karotena.  Karotena di dalamnya menghalang pertumbuhan dan pembiakan kanser manakala serbuk bijinya boleh diminum umpama ‘teh’ untuk mengubati penyakit kembung perut di kalangan kanak-kanak.  Selain itu, ia juga berupaya mengurangkan kandungan gula dalam badan, mencegah kanser, mengubati kencing manis, gout, penyakit jantung, penghadaman dan penglihatan.

 

Anggur Merah

 Buah anggur yang juga dikenali sebagai ‘Vitis Vinifera’ merupakan antara sumber zat yang penting memandangkan ia mempunyai gizi tinggi dan kaya dengan pelbagai vitamin.  Bagi sesiapa yang aktif bersukan dan aktif melakukan aktiviti-aktiviti yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental, anggur amat sesuai untuk golongan ini kerana lebih kurang 20 hingga 25 peratus kandungannya adalah gula yang mampu masuk ke dalam aliran darah dengan cepat setelah dapat menghilangkan keletihan. 

 

Kandungan besi dan gula di dalamnya juga mempergiatkan pengeluaran darah dan dapat bertindak sebagai ubat bagi penderita-penderita hati, ginjal dan sistem pencernaan.  Selain itu, ia mampu menurunkan tekanan darah, mengatasi masalah seperti bisul (ulcer) perut, radang sendi, radang usus kecil dan bagi mereka yang keracunan makanan.  Buah anggur terutamanya yang merah juga menguatkan organ jantung, berfaedah dalam menyembuhkan bronchitis dan batuk, serta meningkatkan kecantikan kulit kerana ia mampu membersihkan darah.

 

Last Updated ( Wednesday, 08 October 2008 )
 
Petua
Written by Hj Idris Jikon   
Friday, 26 September 2008
PETUA-PETUA
 
PETUA LAGI
 
PETUA OH PETUA
 
PETUA
 
PETUA MENGATASI SAKIT PERUT
Last Updated ( Saturday, 07 February 2009 )
 
Advertisement

Kalendar Hijrah

 

Apa Apa Je IJ

Apa tu?

IJ Search

IJ Calender

August 2010 September 2010 October 2010
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 35 1 2 3 4
Week 36 5 6 7 8 9 10 11
Week 37 12 13 14 15 16 17 18
Week 38 19 20 21 22 23 24 25
Week 39 26 27 28 29 30

Lastest Comment

Login Form






Lost Password?
No account yet? Register

Menu Niaga

Iklan Niaga

Statistics

Members: 224
News: 126
Web Links: 0
Visitors: 534176

IJ Latest Events

There are no upcoming events currently scheduled.
View Full Calendar